14 November 2011

Syarat Dan Keistimewaan Pengedar Sah GCP_Sah Sehingga Disember 2011


PENGENALAN

Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009.

GCP menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.

PRODUK UTAMA

Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 sebagai produk utama.

Selain itu GCP telah mengeluarkan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W.

GCP juga merupakan pengedar sah jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland.

VISI
Simpanan emas menjamin masa depan

MISI
Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas

MATLAMAT
Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik.

Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.

Memberi peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas .


SYARAT DAN KEISTIMEWAAN PENGEDAR SAH GCP

PENDAFTARAN PENGEDAR GCP.
1)Dokumen yang diperlukan:-
a)Introducer/Pengenal
b)Satu salinan kad pengenalan
c)Dua keping gambar ukuran passport
d)Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.
e)Bayaran pendaftaran RM5000++ (Belian emas RM4000++: Rantai tangan 10g, bar GCP 10g, 1 dinar GCP. Harga emas berubah setiap hari mengikut harga pengedar semasa dan yuran keahlian RM1000)

FAEDAH MENJADI PENGEDAR.
1)Membeli emas dengan harga rendah.

Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar (DP)
Contoh :-

HARGA RANTAI TANGAN & GOLD BAR GCP 999.
Harga Pengedar (DP) : RM132.00/g
Harga Pelanggan (CP): RM142.56/g ( tambah 8% daripada harga Pengedar)

HARGA DINAR GCP 999.9
Harga Pengedar (DP) : RM600.00
Harga Pelanggan (CP): RM625.00 ( tambah RM25.00 daripada harga Pengedar)

HARGA GOLD BAR / JONGKONG EMAS PAMP SUISSE
Harga Pengedar (DP) : RM12,480
Harga Pelanggan (CP): RM13,478 ( tambah 5% daripada harga Pengedar)

2)Modal disediakan dalam bentuk stok emas.

GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada PELANGGAN yang telah ditetapkan oleh pengedar tanpa sebarang kos penghantaran.(Penghantaran terus kepada PELANGGAN risiko kehilangan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengedar)

3)Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula emas yang telah dijual kepada PELANGGAN dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6% daripada harga pengedar (Harga DP) semasa.
Contoh:-
Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40
Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.(Tertakluk kepada terma dan syarat semasa)

4)Modal tunai untuk membeli emas terpakai.
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.(Tertakluk kepada terma dan syarat semasa)

5)Perkhidmatan penghantaran.
GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada PENGEDAR. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran Kepada PENGEDAR adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP.

6)Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
1)Mencuci emas (percuma)
2)Mencelup emas (kos minima)
3)Menilai harga emas terpakai (percuma)
4)Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan arrahnu (percuma)

7)Kursus Usahawan Emas (percuma).
Pada setiap hari sabtu ke dua dan ke empat, GCP mengadakan kursus kepada Para pengedar GCP bertempat di pejabat GCP bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 t.hari.

8)Insentif Pengedar (dealer get dealer).
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
2)Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar GCP 999 sahaja) Mulai 1 Mac 2011 Pamp S.A tiada komisyen diberi.

Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00

Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.
Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.
Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.

Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00

Pihak GCP berhak mengubah syarat dan keistimewaan pengedar pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.